Kartun
merupakan salah satu bentuk komunikasi grafik yang dipersembahkan
secara menarik dan ringkas untuk menyampaikan maklumat dan pesanan. Oleh
kerana sifatnya yang unik, kartun mampu meninggalkan kesan ingatan dan
mengukuhkan ingatan manusia. Kartun juga berfungsi untuk mendidik
murid-murid ke arah menumpukan minat terhadap penggunaan kartun yang
bermutu tinggi dari segi lukisan., mesej, dan sudut persembahan serta
bahasa yang digunakannya. Kartun boleh memperjelaskan maksud dan
menggambarkan makna isi kandungan bahan yang diajar dalam bentuk yang
lebih mudah dan menarik. Misalnya, pengajaran peribahasa dan simpulan
bahasa menjadi lebih mudah difahami juka disampaikan dengan mengunakan
bahan kartun.
Contoh 1:
Contoh 2: